Thursday, May 21, 2009

Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim

“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Mari Bersama Kami Menjadi Pengguna Dan Usahawan Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara Online

Kenali HPA

Jika anda pernah mengenali jenama Radix di pasaran, anda seharusnya mengetahui bahawa HPA adalah syarikat yang mengeluarkan produk ini. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 dan merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan Halal, produk kegunaan harian dan produk kosmetik.

Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan hampir 200 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.


Komisen Prabayar

Sekiranya anda adalah peniaga(kecil/sederhana) yang mahukan KEUNTUNGAN JUALAN PREPAID SEBENAR, maka inilah masanya untuk anda dapatkan keistimewaan. DAN keuntungan prepaid adalah seperti berikut :

Harga e-reload SaudagarPrepaid.Com

Celcom 5 % Maxis 2.5 % Digi 2%

TAMBAHAN: Italk 10%, Umobile 2%, Maxis Pin 2.5%, MOLe point2%, MerchanTrade, RedTonePlus, RedToneIDDPlus5 Dan Topup Indonesia

Tips paling penting memulakan perniagaan prepaid..

Jika anda ingin menjual topup prepaid, Carilah Hasil Jualan Yang PALING UNTUNG! Cuba cari, company manakah yang dapat memberikan Keuntungan Jualan Celcom dengan Untung Bersih 50sen??

Jangan terpedaya dengan Pelan Pemasaran yang merumitkan. Yang paling penting, anda perlu tahu keuntungan bersih jualan yang anda perolehi.

Pernah dengar perniagaan reload topup prepaid menggunakan sms?
Ya, SaudagarPrepaid.Com adalah Platform anda menjalankan bisnes reload topupprepaid menggunakan SMS. Dan melalui SaudagarPrepaid.Com anda akan mendapat Keuntungan Jualan Topup Yang SANGAT TINGGI berbanding pesaing2 lain. Sertailah kami di SaudagarPrepaid.Com sekarang.
Cubalah, anda pasti berpuas hati.

Ya, Dari pembelian topup RM10, anda mungkin hanya akandapat 50 sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup… Tak perlu ke hulu ke hilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.. Dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup di kedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? Usahkan ratus… 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10,pun kena bayar RM10.50.

Kini..Anda boleh dapat pendapatan tambahan lagi..Cubalah, boleh jual pada rakan2 di tempat kerja. Di pejabat, kilang,hostel atau anda boleh guna untuk topup diri sendiri dan ahli keluarga dengan harga yang lebih murah dari pasaran!

Anda juga akan diberi Laman Web PERCUMA seperti ini dengan Reference id anda sendiri(www.saudagarprepaid.com/ref id). Laman web ini juga dilengkapi dengan Sistem Affiliate 2 level !!

Dapatkan GANJARAN PRABAYAR anda disini:
http://www.saudagarprepaid.com/?ref=74

Debit Kad apa kelebihannya?



DEBIT CARD apakah kelebihannya jika dibandingkan dengan KREDIT CARD:

Contoh penggunaan Maybank Visa Debit

Features & Benefits
of the NEW Maybankard Visa Debit

Convenience
It is as good as cash! A fast and easy way to pay, and it eliminates the need to carry cheques and reduces the risk of carrying cash. You can also pay bills, transfer money or make purchases wherever VISA is accepted.
It is that smart!

Accepted Everywhere
Maybankard Visa Debit is accepted in as many as 29 million VISA merchant locations worldwide.

Peace of Mind
With the latest security features of the smart chip technology on the card, you can be assured of peace of mind while you shop. An SMS alert will be sent to you if we detect any doubtful transactions. Our 24 x 7 Call Centre is also ready to assist you at all times.

Control at Your Fingertip

• Set Your Own Purchase Limit
You can set your own purchase limit up to the Bank Purchase Limit which currently stands at RM5,000. Or you can deactivate or lower this limit at any Maybank ATM.

• Record-Keeping
Keep track of your expenses with your online statement where you will see information such as merchant location, transaction amount and date.


TreatsPoints

Earn TreatsPoints whenever you pay with your Maybankard Visa Debit. Redeem an array of exciting gifts or shopping, dining or petrol vouchers with your accumulated TreatsPoints.

Fee Free

No more annual fees, monthly interest rates or late charges to worry about with the Maybankard Visa Debit

Wednesday, May 20, 2009

Bagaimana Membuat Matlamat Kewangan Yang “S.M.A.R.T”

Dalam merancang kewangan, perkara paling penting yang perlu di buat ialah menetapkan matlamat kewangan. Contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan supaya dapat melangsaikan pinjaman pelajaran atau membeli rumah dan kereta. Tidak kira apa matlamat kewangan anda, pastikan ianya khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh masa tertentu . Anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Matlamat kewangan yang hendak dibuat bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda.

Contoh matlamat kewangan
*Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan
*Membayar hutang
*Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan seperti kereta rosak atau masalah kesihatan
*Membeli rumah
*Membeli kereta
*Simpanan untuk persaraan
*Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal
*Pergi bercuti; dan sebagainya

Apa itu matlamat yang S.M.A.R.T

S-Specific (Khusus)
M-Measureable (Boleh diukur)
A-Attainable (Boleh dicapai)
R-Realistic (Relevan)
T-Time Bound (Mempunyai masa tempoh tertentu)


Contoh: Matlamat kewangan Johan

Menyimpan duit dalam masa 4 bulan untuk pergi bercuti di Pulau Redang yang menelan belanja sebanyak RM1,000. Oleh itu, Johan perlu meyimpan RM250 sebulan.

Adakah matlamat kewangan Johan S.M.A.R.T?

Specific
(Khusus) Matlamat perlu khusus iaitu “untuk bercuti di Pulau Redang” – BUKAN sekadar ingin pergi bercuti, tetapi tidak khusus dimana tempatnya.

Measurable
(Boleh diukur) Matlamat perlulah boleh diukur iaitu dia memerlukan RM1,000 – BUKAN sekadar “perlukan duit”, tetapi tidak tahu jumlahnya.

Attainable
(Boleh dicapai) Matlamat mestilah boleh dicapai iaitu “mesti menyimpan RM250 sebulan” – BUKAN pula menunggu seseorang menghadiahkan anda hadiah percutian secara percuma.

Realistic
(Realistik & relevan) Matlamat hendaklah realistik iaitu “hendak pergi ke Pulau redang dalam masa 4 bulan” – BUKAN hendak pergi ke London dalam masa sebulan tetapi cuma ada simpanan RM250 sebulan.

Time-bound
(Mempunyai tempoh masa tertentu) Matlamat perlulah mempunyai tempoh masa, contohnya “hendak pergi bercuti dalam masa 4 bulan” – BUKAN ketika anda ada duit tetapi tidak meletakkan sasaran masa yang jelas.

Contoh matlamat kewangan berdasarkan tempoh masa:

Matlamat jangkamasa pendek
Boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya adalah membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.

Matlamat jangkamasa sederhana
Adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membeli kereta ataupun membayar hutang.

Matlamat jangkamasa panjang
Boleh dicapai dalam masa 5 tahun atau lebih, seperti membeli rumah dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.

Anda mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu. Manakala itu, matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan anda. Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan anda mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu. Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan impian anda, pastikan matlamat kewangan mengikut kaedah S.M.A.R.T. Selamat berjaya

Perancangan Kewangan: Kepentingannya

Mengapa kita memerlukan pelan kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha - tidak kira sama ada hendak berperang atau hendak menganjurkan majlis menyambut tahun baru, semuanya memerlukan perancangan rapi. Begitu juga jika mahu melaburkan wang.

Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.
Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Teruskan melayari bahagian ini kerana ia akan membantu anda membentuk pelan kewangan sendiri.

Nilai Kedudukan Kewangan Anda
Sebelum meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan.
Untuk menentukan kedudukan kewangan anda, teruslah membaca laman berikutnya:

Pertama, pastikan nilai bersih wang anda
Nilai bersih simpanan boleh disamakan dengan lembaran imbangan sesebuah syarikat. Ia menggambarkan kedudukan kewangan anda. Untuk mengira nilai bersih simpanan, anda perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan anda. Kemudian tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan.
Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.

Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman anda (untuk membeli kereta, rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan sebarang hutang lain jika ada.

Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh dilaburkan.

Bagaimana untuk meningkatkan nilai bersih wang? Satu caranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebarang lebihan wang tunai daripada perbelanjaan boleh dimasukkan dalam senarai aset bagi meningkatkan nilai bersih.


Tetapi, perbelanjaan yang mana pula perlu dipotong? Untuk menentukannya:

Buat penyata aliran tunai
Anda perlu mengesan ke mana wang dibelanjakan; buat analisis aliran tunai mengenai corak pendapatan dan perbelanjaan. Pertama sekali, susun semua penyata gaji, resit, bil, penyata cukai dan data kewangan yang lain dalam satu rekod untuk menunjukkan berapa banyak pendapatan yang telah diperoleh dan berapa banyak pula telah dibelanjakan setiap bulan untuk sepanjang tahun. Senaraikan dan teliti setiap perbelanjaan untuk memastikan yang mana boleh dikurangkan supaya akhirnya nanti anda mempunyai aliran tunai yang positif - iaitu lebih banyak wang masuk berbanding wang keluar.
Ketika berlatih membuat aliran tunai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dan ada soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, antaranya:

Pendapatan anda: Berapa gaji anda? Adakah anda mempunyai sumber pendapatan lain - kerja sambilan, dividen, rumah yang disewakan, bonus. Jika membuat analisis untuk seisi keluarga, pendapatan suami atau isteri patut dimasukkan sama.

Aliran wang keluar: Ini termasuk perbelanjaan rumah dan sara hidup seperti makanan, pakaian dan barangan keperluan harian; penjagaan kereta dan petrol; bayaran balik pinjaman kereta, kad kredit atau sewa rumah; premium insurans; perbelanjaan untuk pendidikan dan perubatan; perbelanjaan bercuti dan hiburan; bayaran cukai pendapatan, zakat dan lain-lain. Senarai ini panjang sekali.

Di sinilah anda perlu memutuskan yang mana perbelanjaan perlu dan yang mana pula sekadar membazir sahaja - potong mana-mana perbelanjaan yang dianggap membazir supaya lebih banyak wang dapat ditabung.

Susun belanjawan untuk memastikan perbelanjaan terkawal. Belanjawan itu akan menjadi penentu apa yang anda mampu belanjakan. Misalnya, anda tidak mampu makan malam di restoran yang mahal setiap minggu jika belanjawan anda menunjukkan yang anda hanya mampu makan di kedai kopi. Bagaimanapun, sesekali mungkin anda ingin berbelanja lebih sempena hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan; jadi jangan lupa masukkan perbelanjaan seperti itu dalam belanjawan. Tetapi jangan pula berlebihan.

Jika anda berasa lemas dengan data yang panjang lebar ketika mengatur pelan kewangan, dapatkan bantuan teknologi komputer yang canggih. Dalam dunia hari ini, pakej perisian komputer adalah umpama tulang belakang yang direka cipta untuk membantu anda menyusun dan mengawal belanjawan. Kebanyakan program perisian komputer ini boleh membantu anda menyusun belanjawan dan memeriksa perbelanjaan, malah mengira jumlah yang perlu ditabung untuk pelaburan serta mengawasi pelaburan anda.

Setelah kewangan dapat dikawal, langkah seterusnya ialah:

Tetapkan Matlamat Kewangan Anda
Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa - dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan.
Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin.

Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan - dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.

Tujuan laman ini adalah untuk mengajak anda belajar cara bijak untuk melabur supaya mendapat pulangan yang diharap-harapkan bagi mencapai matlamat yang diimpikan.

Bentuk Program Pelaburan Anda
Sekarang anda sudah pun menetapkan matlamat dan sudah mengemaskinikan belanjawan anda untuk mendapat angka sebenar lebihan belanja yang boleh dilaburkan, tetapi ada satu lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan langkah melabur. Kebanyakan perancang kewangan menasihatkan kita supaya, sebelum membuat sebarang pelaburan, sisihkan perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk tiga hingga enam bulan bagi menghadapi waktu terdesak (umpamanya jika kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai yang tidak dijangka. Mereka yang sudah berkeluarga adakala dinasihatkan supaya menabung untuk perbelanjaan hingga setahun.
Setelah penampan waktu terdesak ini disediakan, anda boleh menimbangkan berapa banyak lebihan daripada pendapatan yang boleh digunakan untuk pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan anda. Mulakan secara kecil-kecilan dan kemudian tingkatkan jumlah pelaburan setelah tabungan meningkat. Atau anda boleh juga memulakan pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada wang simpanan dan kemudian, setelah berasa lebih yakin, tambahkan tabungan untuk pelaburan.

Peruntukan aset: pelbagaikan pelaburan
Soalan seterusnya yang perlu anda tanya diri sendiri, dalam aset mana wang anda hendak dilaburkan? Patutkah anda membeli saham atau bon? Bagaimana kalau melabur dalam sekuriti kerajaan? Unit amanah? Hartanah? Atau bertindak lebih berani dan melibatkan diri dalam niaga hadapan?
Anda perlu buat kajian dahulu. Pertama, cari jenis produk pelaburan yang boleh anda peroleh, bagaimana setiap pelaburan itu dilaksanakan dan apa risiko terbabit. (Sebagai permulaan, anda boleh klik Produk Pelaburan di laman ini). Ketika membuat penyelidikan mengenai sesuatu pelaburan, bermakna anda sedang menyelidik sesebuah syarikat atau pertubuhan kerana merekalah yang menerbitkan saham, sekuriti, unit amanah, bon dan lain-lain. Ada banyak maklumat boleh diperoleh, sama ada di media, dalam talian, dan daripada syarikat itu sendiri, yang membolehkan anda mengenali syarikat tersebut secara lebih dekat. Amat penting anda mengetahui secara jelas mengenai syarikat tersebut seperti jenis produk, prestasi, pasaran, saingan dan jenis industrinya bagi membolehkan anda membuat ramalan tentang prospek masa depannya. Mengapa? Sebab pelaburan anda bergantung kepada masa hadapan.

Anda tidak sepatutnya melabur dalam satu aset tertentu sahaja; supaya pelaburan anda berjaya, anda patut memilih gabungan beberapa kelas aset atau rangkaian pilihan beberapa aset tertentu dalam satu kelas aset (umpamanya melabur dalam pelbagai sektor sekiranya ekuiti adalah satu-satunya pilihan anda). Dalam perkataan lain, pelbagaikan pelaburan. Menentukan berapa banyak wang yang hendak dilaburkan dalam setiap kelas aset untuk membentuk portfolio pelaburan dipanggil pembahagian aset.

Bagi anda, gabungan aset keseluruhan yang tepat bergantung kepada matlamat, jangka masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut, jumlah wang yang anda ada untuk dilaburkan dan umur.

Jika anda ada pelan jangka panjang dengan matlamat untuk menyekolahkan anak anda daripada sekolah rendah ke peringkat universiti, anda boleh memulakan pendekatan agresif dengan memperuntukkan peratus lebih tinggi dalam pelaburan ekuiti. Tetapi, jika jangka masa yang ditetapkan adalah lebih singkat, anda mungkin perlu bersikap sederhana dan membuat peruntukan sama rata antara ekuiti dan bon yang lebih selamat. Jika dana pelaburan anda agak kecil, ini bermakna anda perlu memilih unit amanah. Umur anda juga harus diambil kira. Secara amnya, jika anda lebih berusia, anda patut lebih konservatif dalam membuat pelaburan dan tumpuan anda juga harus beralih kepada produk pelaburan yang menghasilkan pendapatan seperti bon.

Menggariskan semua pertimbangan ini dan menentukan pendekatan pelaburan yang mana perlu diambil ialah penentu paling utama dalam menghadapi risiko - sebab itu, ketahanan anda sebagai pelabur terhadap risiko adalah amat penting. Malah, pelaburan anda dalam aset tertentu dalam lingkungan setiap kelas sebahagian besarnya didorong oleh keupayaan anda menghadapi risiko. Untuk itu, sila rujuk bahagian Risiko, Ganjaran dan Anda Sebagai pelabur untuk memahami konsep pelaburan yang amat penting ini, sebelum anda membuat keputusan akhir dalam memilih pelaburan.

Laksanakan Program Anda
Jika anda telah bersedia untuk melaksanakan pilihan pelaburan yang telah dibuat, bila masa paling baik untuk memulakannya?
Jawapannya mudah saja! Lebih awal, lebih baik! Memulakannya awal memang digalakkan supaya anda ada lebih banyak masa untuk mengembangkan pelaburan. Jika anda masih muda, lebih banyak masa untuk anda membuat pelaburan dan menambah tabungan. Jika anda kini berada di pertengahan kerjaya, anda masih boleh mencapai matlamat kewangan - cuma ia memerlukan lebih tabungan. Walaupun anda mungkin kini berada pada usia hampir bersara, jangan fikir sudah terlewat untuk memulakannya! Ingatlah, lebih baik lewat daripada tidak berusaha langsung!

Ketika mula melabur, jangan melabur secara melulu. Bak kata orang, naik keretapi yang betul pada waktu yang tepat, sangat penting jika hendak sampai ke tempat dituju pada waktunya. Nasihat kami: Beli apa yang anda tahu. Jika anda tidak memahami sesuatu jenis pelaburan, jangan menceburkan diri sehingga anda faham semua konsepnya. Berfikir dan bertindak rasional untuk membeli pada harga rendah (dan menjual pada harga tinggi). Jangan biarkan perasaan tamak mengatasi pertimbangan wajar, misalnya beli saham pada harga sangat tinggi (atau enggan menjualnya kerana mahu lebih banyak keuntungan).

Elakkan daripada bertindak mengikut khabar angin. Memang biasa terdengar cakap-cakap di pasaran mengenai harga sesuatu saham akan naik. Selepas itu, semua orang akan berlumba-lumba membeli saham tersebut. Pembelian yang meningkat secara tiba-tiba itu menyebabkan harga saham tersebut melonjak, dan ini memberi peluang kepada pihak yang memulakan khabar angin itu untuk menjual saham mereka pada harga tinggi. Kesudahannya, siapa yang terpaksa pegang saham yang tinggi harganya itu? Sebab itu, sentiasa ingat peribahasa Melayu lama ini:

"Dengar cakap enggang,
makan buah belolok,
dengar cakap orang,
terjun masuk lubuk!"

Persediaan Kewangan Sebelum Bersara

Kenyataan yang sukar diterima – Kita semua akan bersara!
Mahu atau tidak, kita semua akan bersara satu hari nanti. Tetapi adakah anda telah bersedia daripada segi kewangan untuk bersara? Kebanyakan orang bergantung sepenuhnya kepada faedah persaraan (retirement benefits) yang diperolehi untuk menampung hidup selepas bersara. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2007, jangka hayat penduduk Malaysia dianggarkan selama 76.4 tahun untuk perempuan manakala 71.9 tahun untuk lelaki. Oleh sebab jangka hayat manusia yang semakin meningkat, persoalan yang mungkin timbul ialah adakah wang yang dikumpulkan untuk tujuan persaraan atau pencen mencukupi untuk menampung tahap kualiti kehidupan yang diinginkan, ditambah pula dengan meningkatnya kos perubatan serta sara hidup. Oleh itu, sama ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 atau lebih awal lagi, apa yang penting adalah lengkapkan diri anda dengan perancangan kewangan yang dapat menjamin kehidupan yang memuaskan serta bebas dari bebanan hutang setelah bersara.

Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara?
Soalan ini kerap bermain di fikiran orang ramai apabila membincangkan isu persaraan. Namun, tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini kerana ianya banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap kesihatan dan juga situasi unik seseorang itu selepas bersara. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda daripada segi kewangan sebelum bersara:

Langkah1: Tetapkan keperluan kewangan anda
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh anda ialah menilai keperluan kewangan anda. Setelah bersara, perbelanjaan ke pejabat contohnya perbelanjaan pakaian ke pejabat, kos pengangkutan/perjalanan ke tempat kerja, makanan dan sebagainya sudah tiada lagi. Walau bagaimanapun, perbelanjaan lain, contohnya kos perubatan, insuran dan lain-lain lagi mungkin akan meningkat. Secara amnya, keperluan perbelajaan seorang pesara itu dianggarkan dalam lingkungan 75% hingga 80% keperluannya ketika masih bekerja. Berdasarkan keperluan ini, anda perlu membuat penyelarasan yang sesuai dengan mengambil kira situasi unik anda seperti kos pendidikan anak-anak dan pembayaran pinjaman perumahan untuk menganggarkan perbelanjaan bulanan yang perlu ditampung. Selain perbelanjaan tetap yang dikenakan, anda juga perlu mengambil kira jika terdapat kemungkinan yang gaya hidup anda akan berubah. Jika anda berhajat untuk mengembara, bercuti, ataupun mempunyai hobi-hobi lain yang melibatkan wang, anda perlu mengambil kira kos-kos ini ketika membuat perancangan persaraan anda.

Langkah 2: Menilai status semasa
Apabila anda telah menetapkan keperluan kewangan, langkah seterusnya ialah menilai kedudukan kewangan semasa anda dan membuat pelan untuk menampung keperluan persaraan kelak. Di sini, anda perlu memberi perhatian kepada portfolio pelaburan yang merangkumi simpanan tambahan serta pendapatan anda. Senaraikan juga kesemua komitmen kewangan yang perlu dijelaskan. Sekiranya anda masih bekerja, anggarkan jumlah wang KWSP atau pencen yang bakal anda terima.

Langkah 3: Mengira wang yang diperlukan
Setelah selesai mengumpulkan kesemua maklumat di atas, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perancang kewangan ataupun mana-mana laman web yang menyiarkan artikel-artikel mengenai perancangan persaraan yang boleh anda contohi dalam usaha untuk menyiapkan diri daripada segi kewangan sebelum bersara. Ini penting untuk menilai sama ada wang anda sekarang mencukupi atau tidak untuk memenuhi keperluan persaraan kelak. Jika jawapannya tidak, sekurang-kurangnya, anda boleh mengira berapa banyak lagi wang yang diperlukan. Sebagai contoh, keperluan tahunan Ali ialah RM50,000 (lebih kurang RM4,000 sebulan). Dia menganggarkan bahawa wang simpanan persaraannya akan menjana pulangan sebanyak 7% setiap tahun. Oleh itu, Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanannya untuk menampung perbelanjaan persaraannya.

Langkah 4: Berdisiplin dalam Merancang Kewangan
Untuk mengekalkan kuasa beli wang anda, pastikan ia berkembang sekurang-kurangnya pada kadar yang sama dengan kadar inflasi untuk mengimbangi kesan negatif inflasi. Ini berdasarkan kepada andaian bahawa anda ingin mengekalkan wang simpanan persaraan sepanjang hidup anda dan menyimpan amaun prinsipal untuk anak-anak anda. Sebaliknya, jika anda tidak keberatan untuk membelanjakan wang persaraan anda, jumlah wang yang diperlukan pastinya lebih kecil. Namun, dalam masa yang sama, berhati-hati dalam merancang kewangan anda. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang sewenang-wenangnya dan pastikan ianya mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat anda.

Disamping it juga, anda mungkin mahu mengambilkira kesan kuasa pengkompaunan kerana lebih awal anda memulakan pelan simpanan persaraan, maka lebih mudahlah anda mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan. Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberikan komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan anda dengan cara yang sepatutnya. Semakin hampir kepada umur persaraan, maka semakin rendahlah risiko yang perlu diambil. Oleh itu, elakkan daripada mengambil risiko yang tinggi hanya kerana anda kini dalam peringkat pertengahan umur dan baru mula untuk merancang wang yang diperlukan. Jika anda mengalami situasi ini, dapatkan nasihat profesional yang berlesen. Akhir kata, berbelanjalah mengikut keperluan dan cuba maksimumkan simpanan anda untuk waktu persaraan.

Apa tunggu lagi? Mulakan pelan persaraan anda sekarang!

--------------------------------------------------------------------------------
Artikel ini ditulis oleh SIDC dan En. Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pelaburan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat yang terkandung di dalam atikel ini ialah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihat profesional yang lain.

7 Kesilapan Lazim Dalam Menguruskan Wang

Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?” - Puan Chong, Eksekutif

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Puan Chong.

Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.

Kesilapan #1:
Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda. Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Kesilapan #2:
Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.

Kesilapan #3:
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari.

Kesilapan #4:
Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.

Kesilapan #5:
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata kerana ada diantara mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat yang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualan mereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Kesilapan #6:
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Kesilapan #7:
Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Perkara diatas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.